Followers

Pages

Monday 20 June 2011

soto

demam telah melanda,sekeluarga demam..tp tugas ibu tetap gak sama masak..masak...kata orang tu kalau demam skit2 kena gagahi jugak ke dapur..suami ku tak berapa suka lauk beli kt kedai,,bagi dia tak kisah makan maggi pun tak apa .jadi untuk menjimatkan masa dan dgn keadaan yg kurang sihat akupun buatlah soto....marilah kita kongsi bersama resepinya;



SOTO;

3 bungkus kecil nasi himpit adabi
dada ayam
daun sup dan daun bawang
1 bgks kecil suun-digoreng
segenggam kacang tanah-digoreng
taugeh-dicelur
bawang goreng

Untuk begedel;

4 biji ubi kentang dipotong dadu
sedikit daun sup dan bawang-dihiris
3 biji bawang merah-dihiris nipis
tepung gandum secukupnya
2 biji telur dipukul sedikit
garam

cara;
rebus ubi kentang dan masukan garam, hingga empuk..ditoskan dan dilenyek.masukan bawang merah,daun sup dan bawang serta tepung.
2 .uli doh dan bulat bulatkan dan leperkan
3. panaskan minyak.celupkan begedel tadi dlm telur dan goreng .


untuk sambal kicap

20 biji lada api
4 biji lada hidup
1 inci belacan dibakar
2 ulas bawang putih
1 sdu besar cuka
3 sudu besar gula
kicap secukupnya
cara; blend semua bahan  kecuali kicap,hingga semua biji lada hancur,selepas itu masukkan kicap secukupnya.hidangkan

untuk kuah soto

4  ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1  kiub ayam atau kiub lembu         
semua bhn diatas ditumbuk atau blend
sebungkus perencah soto jk tidak ada guna jerperencah sup
sedikit kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
minyak
air secukpnya 
garam.

cara;

1   tumis  kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
2   masukkan bawang yg dh dibend ,bila kekuningan masukan air,kiub ayam.
3   bila dah mendidih masukan dada ayam .
4   bila ayam dah empuk,angkat dan sejukkan,
5   isi ayam disiat halus2 atau digoreng sebentar.

siap untuk dihidang dan menjamu selera. selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment